SKIM BIASISWA PENDIDIKAN  TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BPTV)  DI INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA DALAM NEGERI
DIBAWAH DANA SUMBER MANUSIA

  

   1. OBJEKTIF

1.1.  Memberi peluang kepada anak-anak Brunei yang terdiri dari lepasan sekolah di peringkat ‘O’ dan ‘A’ level untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi bagi menyahut Wawasan Brunei 2035;

      

1.2.  Memberikan bantuan kewangan bagi penuntut yang berkelayakan akan tetapi tidak berupaya untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi swasta disebabkan tiada berkemampuan untuk membiayai yuran pengajian;

 

1.3.  Membantu dalam mengurangkan jumlah pencari kerja tempatan yang mempunyai kelulusan rendah serta dapat mengurangkan jumlah pengangguran di Negara ini; dan

 

1.4.  Membantu pihak swasta dalam memperkembangkan institusi pendidikan di sektor swasta yang mana akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara secara menyeluruh.

   2. SASARAN KUMPULAN

Penuntut-penuntut yang tamat sekolah di peringkat ‘O’ dan ‘A’ level yang memenuhi syarat kemasukan bagi mengikuti kursus-kursus yang berkenaan sahaja.

   3. PERINGKAT PENDIDIKAN

3.1 Dibukakan kepada semua jenis kursus yang dianugerahkan dan/atau diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) dan/atau Brunei Darussalam Technical and Vocational Education Council (BDTVEC) iaitu dari peringkat:

 

Ø     Higher National Diploma (HND) atau sebandingnya;

Ø     Higher National Certificate  (HNC) atau sebandingnya;

Ø     National Diploma (ND) atau sebandingnya; dan

Ø     Pre National Diploma (PND) atau sebandingnya.

 

3.2. Tempoh Pengajian tertakluk kepada peringkat pengajian kursus yang dipelajari secara sepenuh masa dan di dalam negeri.

 

   4. KEMUDAHAN

4.1.  Pihak Kerajaan akan membiayai kos pengajian sepenuhnya bagi kursus-kursus yang dianugerahkan oleh BDTVEC dan badan antarabangsa dan  juga menyediakan elaun perjalanan sebanyak BND 45 sebulan bagi Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

4.2.  Pihak Kerajaan tidak akan membayar kos pengajian sepenuhnya bagi Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam. Penuntut hanya dikehendaki membayar yuran pendaftaran/kemasukkan dan kos pengajian mengikut peringkat seperti berikut dan pihak Kerajaan akan membiayai selebihnya.

 

Peringkat Pendidikan

Kadar Sebulan

Kadar Semester

HND atau sebandingnya

BND 300

BND 1,800

HNC atau sebandingnya

BND 250

BND 1,500

ND atau sebandingnya

BND 200

BND 1,200

PND atau sebandingnya

BND 200

BND 1,200

 

MUAT TURUN MAKLUMAT TAMBAHAN

Borang BPTV(A)
Buku Panduan Skim BPTV bagi Institusi
Buku Panduan Skim BPTV bagi Penuntut

 

   

News | Archive |  DOA | DOI | DOP | DOPC | DOS | DOHRD | Feedback | Links 

Copyright  ©  2006 - 2011 JPKE/DEPD. All Rights Reserved