Skip Ribbon Commands
Skip to main content

CAD News

Manage PermissionsManage Permissions

18 Oct 2019. - Brunei Salebration kembali pada penghujung tahun ini. Acara jualan yang dinanti-nantikan ini akan diadakan di sepanjang bulan Disember 2019 hingga Januari 2020, selama 62 hari.

Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengalu-alukan penyertaan para peniaga runcit dari pelbagai sektor untuk sama-sama mengambil bahagian dalam usaha kerajaan mempromosi 'berbelanja di Brunei' bagi meningkatkan penggunaan domestik dan aktiviti perekonomian.

Brunei Salebration juga menjadi salah satu acara utama yang akan diadakan bagi menyokong pengiktirafan Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Ketamadunan Islam di Rantau Asia bagi Tahun 2019 dan acara Brunei Salebration turut bertepatan dengan berlangsungnya Brunei December Festival (BDF).

Read more

Attachments